close button

close button

Penyokong Kelantan Bayar Kos Mesyuarat Annuar Musa (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

Minggu lalu beberapa gabungan kelab penyokong bola sepak Kelantan telah membuat satu kempen kutipan '10 sen untuk FAM RM2,124' sebagai tanda sokongan  mereka kepada Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang dijatuhi hukuman gantung 30 bulan oleh badan induk berkuat kuasa pada tarikh 4 April 2012. 
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, kempen itu telah diadakan semasa Kelantan menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 14 April 2012.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ekoran itu, sejumlah RM2,124 dalam bentuk wang kertas dan syiling berjaya dikumpul dan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membayar kos perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang 4 April lalu di Wisma FAM, semalam.

http://speakerpecah.blogspot.com

Pegawai Khas Annuar, Wan Badri Wan Omar mengetuai penyerahan tersebut pada jam 12 tengah hari.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Serahan ini berdasarkan Kod Tatatertib Edisi 2011 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), di bawah akta 5.6.1 yang mana kos dan perbelanjaan mesyuarat hendaklah ditanggung oleh pihak yang tidak berjaya atau didapati bersalah di dalam perbicaraan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Ini adalah permintaan kelab penyokong kerana menghargai sumbangan beliau dalam pembangunan bola sepak di Kelantan,” katanya
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam pada itu, beliau turut menafikan penyerahan wang berkenaan dalam bentuk syiling sebagai satu bentuk sindiran terhadap FAM, sebaliknya ia berdasarkan kutipan yang diterima.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.