close button

close button

Pengasas Aura Seri Disamun Pembantu Rumah Sendiri, Tanggung Kerugian RM500,000 (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Pengasas produk kecantikan Aura Seri, Datin Ira Ghani menanggung kerugian kira-kira RM500,000 selepas dua pembantu rumahnya melarikan pelbagai barangan berharga termasuk jam berjenama barang kemas, telefon bimbit serta wang tunai di kediamannya di Medan Idaman, Gombak, Ahad lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ira, 35, berkata, kejadian berlaku ketika beliau dan suami, Datuk Ibrahim Ahmad, 46, berada di Singapura atas urusan kerja, namun dua anaknya Mohad Danish Irfan, 13 , dan Mohd Danish Roshan, 8, serta seorang anak saudarany berada di rumah teres tiga tingkat itu.

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini selepas anak sulung saya Mohd Danish Irfan, yang menghantar mel suara kepada saya untuk memberitahu kedua-dua pembantu rumah saya sudah melarikan diri.

"Anak-Anak saya turut menyedari dua telefon bimbit iPhone dan dua iPad milik mereka yang diletakkan di ruang tamu juga hilang," katanya pada sidang akhbar bersama Ibrahim di kediaman mereka hari ini.

Berikutan kejadian itu, beliau dan suaminya kembali ke Kuala Lumpur semalam dan membuat laporan di Balai Polis Gombak pada jam 11.25 malam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ira berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mereka kehilangan 11 buah jam tangan berjenama termasuk Rolex dan Tag Heuer, 20 bentuk cincin, seutas rantai, dua pasangan subang, permata, empat telefon pintar, 30 helai kameja -T berjenama, dua tas tangan Bvlgari dan Louis Vuitton, wang tunai RM5,000 serta pasport dan permit kerja milik kedua-dua pembantu rumah itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau berkata, ketiadaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediamannya menyukarkan mereka melihat gambaran sebenar kejadian itu, tetapi beliau percaya kedua-dua pemabntu rumah itu melarikan diri melalui pintu dapur.

Mereka meninggalkan kunci rumah di dalam peti sejuk manakala alat kawalan jauh pagar rumah diletakkan dalam peti surat.

Difahamkan, kedua-dua pembantu rumah itu yang berasal dari Jawa Barat, dikenali sebagai Luluk Tanjiyah, 32, dan Udayati, 40, akan menamatkan kontrak bekerja masing-masing pada Ogos dan November depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, beliau hairan bagaimana pembantu rumah itu memasuki bilik tidurnya sedangkan ia berkunci.

"Keadaan di dalam bilik tidur kamu juga seperti biasa tanpa ada tanda digeledah... semuanya terletak pada kedudukan asal," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebelum ini beliau ada menyedari sering kehilangan wang pada awal tahun ini dan jumlahnya mencecah RM15,000.

Ira berkata, beikutan laporan polis yang dibuatnya, Jabatan Imigresen telah membatalkan permit dan pasport pembantu rumahnya selain memaklumkan kejadian itu kepada ejem pembantu rumah di Indonesia.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, mereka gagal mengesan Luluk dan Udayanti di rumh masing-masing di Surabaya.

http://speakerpecah.blogspot.com

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.



Sumber: Sinar Harian, Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.