close button

close button

Pelepah Pinang Menyerupai Wajah Manusia ?

http://speakerpecah.blogspot.com

KLUANG - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati pokok pinang yang ditanam di tepi rumahnya di Jalan Haji Manan, di sini mengeluarkan pelepah yang seolah-olah menyerupai wajah manusia.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Tan Gek Yong, 70, pokok tersebut sudah hampir 10 tahun ditanam namun tidak pernah menunjukkan sebarang keanehan sebelum ini.

Katanya, kejadian aneh itu disedari sejak seminggu yang lalu sewaktu dia mahu menyiram pokok di halaman rumahnya sebelum terkejut apabila melihat pelepah aneh terbabit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya hanya lihat sekejap sahaja pelepah itu kerana apabila melihatnya lama seolah-olah pelepah yang berwajah manusia sedang senyum itu tepat memandang saya.

“Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku dan saya membersihkan pelepah itu setiap hari. Tetapi pada kali ini amat mengejutkan kerana wajah yang terdapat di pelepah itu lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut,” katanya.

Menurut Tan, dia tidak berani mendekati pokok itu kerana mempercayai ia ada kaitan dengan unsur paranormal namun anaknya menyatakan itu adalah kejadian biasa.

Sementara itu, terdapat enam lagi pokok pinang ditanam di kawasan rumahnya tetapi hanya satu sahaja yang mengeluarkan pelepah sebegitu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Bagaimanapun, saya tidak akan jualnya kerana pokok itu sudah lama saya tanam dan saya sayang pokok itu,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Teng Num Tin, 37, berkata, dia melihat pelepah pokok itu dua hari lalu setelah diberitahu ibunya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Pelepah itu memang menyerupai wajah manusia dan saya terkejut apabila melihatnya. Walaupun sebelum ini pokok itu mengeluarkan banyak pelepah tetapi pada kali ini ia amat berlainan.

“Bagi saya, ia sangat unik dan pelik malah ibu saya yang selalu melihat pokok terbabit turut terkejut dengan kejadian yang berlaku itu,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.