close button

close button

Pekerja Swasta Nyaris Makan Roti Berinti Lipas

http://speakerpecah.blogspot.com

TELOK EMAS - Seorang pekerja sebuah syarikat swasta di sini nyaris termakan bangkai lipas selepas disangkanya itu adalah kismis dalam sekping roti berjenama terkenal.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Zawiyah Abdul Rahman, 60, berkata, dia membeli roti tersebut di sebuah pasar mini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja samalam.

Menurut Zawiyah, ketika kejadian, dia sedang menikmati sarapan pagi di pejabatnya bersama beberapa rakan sekerjanya yang lain.

“Saya terkejut sebaik menyedari ‘kismis’ dalam roti berperisa coklat berkenaan adalah seekor lipas kerana rupanya yang seakan-akan sama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya sudah makan separuh daripada kepingan roti tersebut dan nasib baik saya cepat sedar kerana jika tidak, sudah tentu saya kenyang makan roti berperisa lipas,” katanya.

Zawiyah berkata, dia sering menjadikan roti tersebut sebagai hidangan sarapan pagi setiap hari dan itu adalah kejadian pertama yang dialaminya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya benar-benar serik dengan apa yang berlaku ini dan akan berhati-hati selepas ini.

“Saya juga kesal dengan sikap pengusaha roti yang mengabaikan aspek kebersihan sehingga berlakunya kejadian seumpama ini,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.