close button

close button

Nora Danish Tetap Doakan Kebahagiaan Fasha Sandha Dan Jejai

http://speakerpecah.blogspot.com


Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk pelakon popular Fasha Sandha akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka idamannya, Jejai di satu tempat yang dirahsiakan. Namun, disebalik menjelang hari bersejarah itu, pasti ramai yang tertanya apakah perasaan bekas isteri Jejai, Nora Danish. Pada portal GUA, Nora Danish mengakui yang dia tidak menerima kad jemputan dan kemungkinan bakal menunaikan umrah ketika majlis tersebut berlangsung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, Nora Danish tetap mendoakan agar majlis tersebut dapat dinikmati oleh bakal pengantin walaupun dia tidak dapat hadir pada ketika itu. Katanya:

Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari. Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apabila ditanya sama ada anaknya dan Jejai iaitu Putera Rayqal Ramli akan hadir dan boleh menerima Fasha Sandha sebagai ibu barunya, Nora Danish berkata:

Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai. Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya ‘aunty’ saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Diharapkan Nora Danish selamat menjalankan ibadah umrah dengan lancar semasa perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai dilangsungkan.



Sumber: Beautifulnara

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.