close button

close button

Nikah Di Hospital Selepas Tiga Hari Koma (3 Gambar)


MELAKA TENGAH - Kalau sudah jodoh, tidak kemana. Kata-kata itu sesuai untuk seorang lelaki yang baru sedar dari koma enam hari lalu selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya, telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya di Hospital Melaka, di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Izwan Mohamad, 35, yang masoh dirawat kerana patah tulang selangka kira dan hidungnya dinikahkan dengan Murni Osman, 33, oleh Imam Masjid Fathurrahman, Pengkalan Rama, Yunos Bidin kira-kira 10 pagi di Bilik Seminar, Wad ortopedik hospital berkenaan.


Izwan yang lengkap berpakaian baju Melayu jingga muda selamat menyempurnakan akad nikah dengan dua kali lafaz sambil disaksikan oleh keluarga terdekat, teman rapat dan kakitangan hospital yang merawatnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengantin perempuan, Murni yang berasal dari Durian Daun, berkata, beliau bersyukur kerana segala perancangan selepas pertunangan mereka Julai lalu untuk majlis akad nikah ini berjalan dengan lancar walaupun ia terpaksan dilangsungkan di hospital.

“Pada mulanya kami ingin menundanya memandangkan suami masih kurang sihat, tetapi apabila memikirkan semua persiapan sudah diatur, termasuk majlis kenduri dan persandingan pada hari ini (semalam), kami teruskan seperti yang dirancang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kami berdua gembira kerana semuanya sudah selamat dan terima kasih kepada pihak hospital yang membenarkan majlis ini diada-kan di sini," katanya.


Menurut sumber, Izwan sebelum ini terbabit dalam satu kemalangan jalan raya selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar kereta di Jalan hang Tuah kira-kira jam 1 pagi, 6 April lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Suami kemalangan ketika mahu pulang ke rumahnya di Tengkera. Memang terkejut menerima berita kemalangan itu, apatah apabila mengetahui beliau tidak sedarkan diri sejurus kemalangan terbabit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Alhamdulillah, keadaannya semakin pulih dan sudah boleh bercakap walaupun masih lemah. Saya berharap suami akan cepat sembuh seperti sedia kala selepas ini," katanya.



*Pengantin perempuan masih setia walaupun suaminya koma.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.