close button

close button

Nadia Mustafa Disamun, Rugi Hampir RM20,000 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

Pelakon wanita terkenal, Siti Naziyah Sheikh Mustafa atau Nadia Mustafa menanggung kerugian hampir RM20,000 selepas disamun oleh dua lelaki menaiki motosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam keajdian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Nadia, 35, bersama anak keduanya di dalam kereta jenis Toyota Camry miliknya sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar bertindak membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon itu yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Nadia yang ditemui oleh wartawan Harian Metro selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, terkejut dengan tindakan dua lelaki itu, dia keluar dari kereta dan menjerit meminta pertolongan, namun beberapa orang awam di situ gagal mengejar suspek yang memecut laju motosikal mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila secara tiba-tiba dua lelaki terbabit berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum salah seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.

"Di dalam beg tersebut, ada tiga beg kecil masig-masing berisi wang perniagaan berjumlah RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut pelakon itu, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.
"Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji kepada enam pekerja," katanya.



Sumber: Harian Metro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.