close button

close button

Manchester City Lawan Harimau Malaya 30 Julai Depan (Video)


Selepas kelab gergasi Eropah, Arsenal dijadualkan akan bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil 24 Julai ini, berita terbaru yang kami dapat tahu adalah satu lagi kelab gergasi Eropah iaitu Manchester City dikhabarkan akan diturunkan pada 30 Julai depan bagi menentang skuad Harimau Malaya dalam satu perlawanan persahabatan di stadium yang sama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Pegawai Jenama Komersil Manchester City, Ian Cafferky berkata, pasukan itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka pada perlawanan persahabatan itu nanti.

"Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui para peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Harimau Malaya, K. Rajagobal berkata, kehadiran pasukan Sky Blues itu merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kerana Malaysia sekali lagi dipilih oleh satu daripada kelab utama Inggeris sebagai sebahagian daripda latihan persediaan pramusim pasukan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ini adalah peluang skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia. Tumpuan kita adalah persiapan Piala AFF Suzuki. Saya nak beri peluang kepada mereka (Harimau Malaya) bermain dengan pemain kegemaran mereka.

"Saya harap skuad negara dapat belajar sesuatu daripada mereka, kita kena fikir secara positif daripada menyatakan perlawanan ini tidak sesuai untuk skuad," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, dua perlawanan persahabatan dengan skuad antarabangsa iaitu Arsenal FC (24 Julai 2012) dan Manchester City telah diatur pada bulan Ramadan ini adalah tepat dan perlu dilihat dengan positif.

Apa pun, skuad Harimau Malaya perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka pada 28 April 2012 ini.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.