close button

close button

Lirik Lagu 'Kosong' Dari Najwa Latif Dikatakan Sindir Orang ? (Video)


Lagu baru Najwa Latiff berjudul 'Kosong' kini telah mencecah hampir 2 juta kali tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada Februari lalu. Namun, di sebalik sambutan hangat itu, ada segelintir pihak mendakwa lagu yang dicipta bersama kakaknya itu menyindir orang berdasarkan bait-bait lirik pada lagu tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ekoran dakwaan itu, Najwa Latif tampil menjelaskan perkara sebenar dengan memberitahu lagu tersebut adalah bertujuan untuk memberikan semangat dan motivasi kepada sesiapa sahaja agar tidak berputus ada apabila diri diperkecilkan. Katanya:
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Lirik lagu itu dihasilkan bersama kakak saya, Ika. Dia menghasilkan lirik itu ketika melihat saya sedang bersedih dan tertekan dengan pelbagai cabaran dalam bidang nyanyian ini. 
“Saya sering berkongsi dengan kakak apa juga masalah atau kesedihan yang saya hadapi. Mungkin daripada situ, dia mendapat ilham untuk menulis lirik lagu itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. 
“Lagu itu bukan untuk menyindir mana-mana pihak. Mungkin daripada liriknya, orang akan menyangka ia adalah luahan perasaan saya untuk menyindir segelintir pihak yang memperlekeh atau mengkritik selama ini. 
“Hakikatnya, bukan begitu kerana ia adalah sebuah lagu motivasi dan pemangkin semangat kepada sesiapa sahaja yang berasa diperlekehkan agar tidak mudah mengalah."

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.