close button

close button

Lelaki Memiliki Ayam Selasih Berkulit Hitam, Berjari Sepuluh

http://speakerpecah.blogspot.com

KOTA TINGGI - Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di sini yang bukan sahaja memilik lebih 10 ekor ayam yang mempunyai sepuluh jari, malah ayam selasih yang dibela memiliki kulit berwarna hitam selain bulunya pula halus seakan-akan bulu kucing.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pemilik ayam, Hazri Razali, 32, berkata, kerana terlalu minat kepada haiwan seperti ayam dan burung sejak kecil lagi, doa nekad untuk menjadikannya sebagai hobi sehingga hari ini.

“Oleh kerana mengetahui saya seorang peminat terhadap haiwan tersebut, seorang sahabat daripada Kelantan memberikan sepasang ayam selasih berwarna putih kepada saya untuk dibela.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Malah kami sekeluarga juga tidak menyangka kerana berfikir kulitnya sekadar hitam di luar sahaja kerana pernah satu hari setelah membiakkan ayam tersebut, kami menyembelih seekor daripadanya untuk dimasak.

“Apa yang mengejutkan dagingnya turut berwarna hitam malah rasanya juga lebih enak daripada ayam kampung,” katanya yang kini tinggal di Kampung Temenin Baru.

Selain itu, dia hanya memelihara ayam itu di dalam reban untuk mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit selain memberi makanan seperti dedak dan buah sawit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Pernah juga ada orang daripada Melaka menawarkan harga sebanyak RM20,000 kerana mahukan ayam selasih berwarna hitam. Namun saya tidak mampu berikan kerana ayam selasih tersebut kesemuanya berwarna putih," katanya.

Sementara itu, dia juga ada memlihara beberapa jenis ayam lain yang unik seperti ayam Poland dan juga burung Merpati ayam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya mengelarnya ayam Poland kerana di kepalanya terdapat bulu yang menunjukkan seakan-akan ayam tersebut sedang memakai topi. Malah sekarang ini saya juga sedang merancang untuk mengacukkan burung merpati ayam peliharaan saya dengan burung terkukur,” katanya yang berasal dari Terengganu.


Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.