close button

close button

Lagi Kontroversi Zarina Anjoulie, Kini Dicium Lelaki Pula

http://speakerpecah.blogspot.com


Belum pun reda kes 'perang Twitter' dia dengan Lufya, kini kontroversi lain pula yang timbul. Pelakon dan model terkenal, Zarina Anjoulie kini dikaitkan pula aksi dicium mesra oleh seorang jejaka yang masih menjadi tanda tanya tentang statusnya bersama Zarina.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut tuan punya badan, dia memang mempunyai ramai kenalan lelaki yang rapat, namun foto yang tersebar itu bukanlah teman lelaki mahu pun bakal suaminya. Sebaliknya, dia mendakwa lelaki yang dilihat menciumnya dalam keadaan mesra itu adalah abang tirinya. Katanya:

“Saya bukanlah bodoh untuk menunjuk-nunjuk foto saya bermesra dengan teman lelaki. Sebolehnya saya merahsiakan dan menyembunyikan foto terbabit bagi menjaga imej sebagai artis dan saya masih boleh berfikir perkara baik atau buruk. 
“Saya ada lapan adik-beradik tiri, lima lelaki dan tiga perempuan. Kami memang rapat antara satu sama lain. Gambar yang diambil pada tahun lalu itu bagi saya tidak ada masalah kerana ia hubungan sesama adik-beradik.”
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, dia semakin tertekan dan tidak faham mengapa ada segelintir pihak suka melemparkan dakwaan tidak berasas sekali gus cuba untuk menjatuhkan dirinya sebagai penggiat seni tanah air. Jelasnya:

“Sebagai artis, berperwatakan baik sangat pun, orang tetap melemparkan dakwaan berunsur negatif. Kontroversi sinonim dengan individu bergelar artis. 
“Saya juga pernah difitnah kononnya dibela individu bergelar VIP Mat Saleh hanya disebabkan mereka nampak saya bermesra di kedai mamak pada lewat malam. 
“Padahal itu bapa saya dan kami selalu keluar minum di kedai mamak jam 12 malam,”
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Zarina berkata, dirinya tidak mahu ambil pusing dan malas untuk melayan sesetengah laman blog yang mengaitkan dirinya dengan kontroversi bertujuan untuk mengaut keuntungan. Kata Zarina:

“Saya tidak mahu peminat mengenali saya dengan kontroversi kerana apa yang dilakukan hanya saya yang tahu. 
“Kini, peminat sudah salah tafsir apabila saya terus dipalit kontroversi seperti ini. Semakin ligatlah sesetengah laman blog untuk terus melemparkan dakwaan negatif bagi mengaut keuntungan.
“Kenapa tidak dari dulu lagi gambar ini disiarkan padahal ia diambil tahun lalu.”
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tambahnya lagi, mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Dia mahu fokuskan kepada karier seninya tanpa mahu mendengar apa jua kata negatif daripada orang sekeliling.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.