close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Terengganu vs Song Lam Nghe An 25 April 2012

http://speakerpecah.blogspot.com

TERENGGANU 6-2 SONG LAM NGHE AN

Perlawanan untuk Kumpulan F, Piala AFC 2012 melibatkan Terengganu vs Song Lam Nghe An telah pun tamat. Terengganu yang masih dibelenggu kritikan penyokong ekoran prestasi merosotnya kebelakangan ini akhirnya berjaya membuang tanggapan negatif itu apabila menang 6-2 ke atas pelawat dalam satu perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Terengganu tidak perlu menunggu lama apabila Ashari Shamsuddin berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-6 sebelum Francis Forkey Doe menjaringkan gol kedua Terengganu pada minit ke-12. Tersentak dengan dua gol tuan rumah, Song Lam Nghe An berjaya memecah kebuntuan apabila berjaya menajringkan gol pada minit ke-28. Namun, Terengganu yang tidak mengaku kalah, akhirnya melengkapkan keputusan 4-1 untuk separuh masa pertama hasil jaringan daripada Francis Forkey Doe (34') dan Abdul Hadi Yahya (37').
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua, Terengganu dilihat terus menggandakan jaringan hasil sentuhan daripada Francis Forkey Doe sekali lagi pada minit ke-72 sebelum pelawat berjaya menghasilkan gol kedua pada minit ke-83. Sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil, Josep Kalang Tie berjaya menjaringkan gol peribadinya pada minit ke-88 buat Terengganu. Keputusan 6-2 kekal sehingga tamat perlawanan dan kemenangan berpihak kepada Terengganu.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.