close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Terengganu vs Sime Darby FC 21 April 2012 (Video)


TERENGGANU 1-2 SIME DARBY FC

Perlawanan di antara Terengganu vs Sime Darby FC telah pun tamat. Terengganu yang juga Juara Piala FA 2011 nampaknya memulakan langkah kiri selepas tewas 1-2 ke atas Sime Darby FC dalam saingan Separuh Akhir Pertama Piala FA 2012 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada separuh masa pertama tiada sebarang jaringan dihasilkan kerana kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati mengawal kubu masing-masing. Namun, Sime Darby FC selaku pasukan berstatus kelab berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-52 menerusi pemain importnya, Patrick Ronaldinho Wleh. Terengganu yang tidak mengaku kalah akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Francis Forkey Doe pada minit ke-65. Perlawanan diteruskan seperti biasa dan sehingga masuk waktu kecederaan, Shukor Saidin berjaya melengkapkan gol kemenangan buat Sime Darby pada minit ke-92. Keputusan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan dan kemenangan berpihak kepada Sime Darby FC.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Perlawanan seterusnya akan diadakan pada 1 Mei 2012 di Stadium MP Selayang. Berikut merupakan video gol Terengganu vs Sime Darby FC.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.