close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Negeri Sembilan vs Lions XII FC 3 April 2012 (Video)



NEGERI SEMBILAN 2 - 4 LIONS XII FC
G. Mahathevan (32') Muhammad Shukor Bin Adan (86'), -Safuwan Baharudin (14') Khairul Nizam (20') Shahril Ishak (41') Shahdan Sulaiman (70')

Perlawanan Liga Super Malaysia 3 April 2012 yang melibatkan Negeri Sembilan vs Lions XII FC telah pun tamat. Hasrat Negeri Sembilan untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan ini tidak kesampaian apabila dibelasah 2-4 oleh Lions XII FC pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian V Sundramoorthy mendahului carta Liga Super Malaysia 2012 sekali gus mengatasi The Red Warriors.

Pada babak pertama, Lions XII FC mendahului tuan rumah menerusi Safuwan Baharudian pada minit ke-14 dan Khairul Nizam (20') sebelum G Mahathevan merapatkan kedudukan pada minit ke-32. Namun, pada minit ke-42, Lions XII FC sekali lagi meninggalkan tuan rumah untuk gol ketiga menerusi Shahril Ishak. Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua pula, Lions XII FC sekali lagi membuka tirai untuk gol keempat mereka menerusi Shadan Sulaiman pada minit ke-70. Negeri Sembilan yang tidak menyerah kalah cuba untuk merapatkan jurang hasil jaringan daripada Shukor Adan pada minit ke-86. Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan dengan keputusan Lions XII FC mengalahkan Negeri Sembilan 4-2. Berikut merupakan video gol Negeri Sembilan vs Lions XII FC.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.