close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Malaysia vs Sri Lanka 28 April 2012 (Video)


MALAYSIA 6-0 SRI LANKA

Perlawanan Malaysia vs Sri Lanka 28 April 2012 telah pun tamat. Malaysia berjaya mengatasi pasukan lawan dengan keputusan 6-0 dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Pada perlawanan ini, pemain dari skuad Harimau Muda lebih menyerlah apabila semua jaringan dihasilkan oleh Wan Zack, Azamuddin dan Hazwan Bakri.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada babak pertama, Sri Lanka lebih menguasai perlawanan untuk beberapa minit namun ia tidak memberikan apa-apa kepada pasukan itu sebaliknya Wan Zack berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-25 dan 28' buat Harimau Malaya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada separuh masa kedua, pertukaran pemain Safee Sali ke atas Hazwan Bakri oleh K. Rajagobal akhirnya membuahkan hasil apabila pemain itu berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-73 dan 85' sebelum Azamuddin Mohd Akil berjaya membolosi gawang pihak lawan untuk gol kelima Harimau Malaya pada minit ke-86. Semasa permainan masuk pada masa kecederaan, Hazwan Bakri berjaya memcipta hatrik apabila menjaringkan satu lagi gol peribadinya pada minit ke-90. Keputusan 6-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan kemenangan berpihak kepada Malaysia.


# 2 Gol Wan Zack

#Hazwan Bakri (1)

#Hazwan bakri (2)

#Azamuddin

#Hazwan Bakri (3) - Hatrik

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.