close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Lions XII FC vs Perak 10 April 2012 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

LIONS XII FC 2-1 PERAK

Satu-satunya perlawanan di antara Lions XII FC vs Perak bagi saingan Liga Super Malaysia 10 April 2012 telah berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam. Lions XII FC menepati ramalan selepas berjaya menewaskan Perak 2-1 sekali gus mendahului carta liga.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Gol pertama tuan rumah muncul selepas 42 minit perlawanan berlangsung hasil sepakan penalti daripada pemain tengah, Shahdan Sulaiman selepas pemain itu dijatuhkan pemain lawan di dalam kotak penalti.

Tersentak dengan gol pendahuluan tuan rumah, Perak tidak mengaku kalah apabila pemain import dari Slovakia, Michal Kubala berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-50. Bagaimanapun, Lions XII FC nyata bermain bersungguh-sungguh di depan penyokong sendiri selepas Irwan Shah berjaya menjaringkan gol pada minit ke-89. Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan dengan kemenangan memihak kepada Lions XII FC sekali gus berjaya mendahului carta liga dengan mengumpul 33 mata. Berikut merupakan video gol Lions XII FC vs Perak.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.