close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Kelantan vs Kedah 21 April 2012 (2 Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

KELANTAN 1-1 KEDAH

Perlawanan di antara Kelantan vs Kedah 21 April 2012 telah pun tamat. Perlawanan ini kami rasakan adalah perlawanan yang sengit dan sensasi ekoran beberapa kad kuning dan merah telah dilayangkan untuk kedua-dua pasukan. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ini, Kelantan hanya berjaya mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Kedah
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati mengatur serangan. Namun, pada minit ke-16, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diturunkan kembali selepas berehat panjang kerana mengalami kecederaan, berjaya menjaringkan gol pendahuluan. Tersentak dengan gol pendahuluan Kelantan, Kedah bagaimanapun berjaya memecah kebuntuan selepas pemain import baru dari Crotia mereka,Vedran Gerc berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-29.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Bersambung pada babak kedua, pengadil telah mengarahkan seorang pemain Kelantan dan Kedah keluar dari padang selepas menerima kad kuning kedua kerana melakukan kekasaran terhadap pemain lawan. Kelantan dan Kedah yang masing-masing memiliki 10 pemain selepas itu bagaimanapun ketandusan jaringan walaupun diberi 8 minit masa kecederaan. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Perlawanan seterusnya akan diadakan pada 1 Mei 2012 di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Gol Norshahrul Idlan Talaha

Gol Vedran Gerc

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.