close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Johor FC vs Selangor 14 April 2012 (2 Video)


JOHOR FC 1-1 SELANGOR

Perlawanan Johor FC vs Selangor 14 April 2012 telahpun tamat. Hasrat Selangor untuk kenduri gol sekali lagi nampaknya tidak menjadi selepas terikat 1-1 dengan Johor FC dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Pasir Gudang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seawal babak pertama, kedua-dua pasukan saling membuat serangan bertali arus bagi menjaringkan gol pendahuluan, namun ia memihak kepada Johor FC terlebih dahulu selepas Ridwan Ma'on menjaringkan gol pada minit ke-19. Selangor yang cuba untuk merapatkan jurang nampaknya tidak berkesempatan selepas keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua, perlawanan dilihat seimbang di mana kedua-dua pasukan cuba untuk mengawal kubu masing-masing dari terus dibolosi. Namun, Bosko Balaban muncul penyelamat untuk Selangor selepas berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat permainan. Berikut merupakan video gol Johor FC vs Selangor.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
#Gol Ridwan Ma'on

#Gol Bosko Balaban

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.