close button

close button

Kelulusan MyPR Aaron Aziz Hanya Khabar Angin ?

http://speakerpecah.blogspot.com

Sebelum ini kami ada melaporkan tentang permohonan myPR milik Aaron Aziz telah diluluskan oleh kerajaan. Namun, ianya hanya khabar angin sahaja selepas tuan badan itu sendiri mengakui permohonannya untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR) di Malaysia masih diproses oleh pihak kerajaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut laporan yang disampaikan oleh Berita Harian, Aaron memberitahu, permohonannya itu belum diluluskan seperti mana khabar angin yang tersebar sebelum ini, sebaliknya ia sedang diproses oleh pihak berkuasa. Katanya:

Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.

Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Diharapkan semua peminat Aaron Aziz bersabar untuk mengetahui keputusan permohonan itu.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.