close button

close button

Kelantan Kemuka Rayuan Isu FAM Potong 14 Mata

http://speakerpecah.blogspot.com


Berhubung isu Kelantan dipotong 14 mata baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dijangka akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selepas meneliti dan memahami peraturan ditetapkan seperti tercatat dalam manual undang-undang pertandingan Liga Malaysia 2012, rayuan itu akan disegerakan dalam masa terdekat.

“KAFA tetap terima keputusan dibuat JKPT Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tapi selepas menyemak buku manual berkenaan, kami tidak menemui sebarang peraturan seperti disiarkan atau itu berlaku mungkin kerana tersilap maklumat.

“Selepas bermesyuarat dan melihat manual undang-undang pertandingan diberi kami sepakat menghantar rayuan,” kata Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail.

Hukuman itu dikenakan oleh FAM selepas skuad itu menurunkan pemain yang tidak sah dalam saingan Piala Presiden. Pemotongan 14 mata itu adalah hasil daripada empat kemenangan dan dua kali seri.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.