close button

close button

Jet F-18 Milik Tentera AS Terjunam (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

VIRGINIA BEACH - Sepasukan unit bomba menyelongkar serpihan sebahagian bangunan pangsapuri di Amerika Syarikat yang runtuh selepas dirempuh oleh sebuah jet pejuang F-18 milik Tentera Laut AS.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Insiden tersebut mengakibatkan satu kebakaran besar yang mencederakan sembilan orang termasuk dua juruterbang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Seorang pegawai tentera laut AS, Kapeten Mark Weisgerber menyalahkan kerosakan mekanikal sebagai punca nahas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Weisgerber, kedua-dua juruterbang sempat mengaktifkan kerusi anjal mereka untuk menyelematkan diri sebelum pesawat terhempas.

Bagaimanapun, lebih 40 unit pangsapuri dilaporkan musnah teruk dalam nahas tersebut.

Beberapa saksi kejadian berkata, jet itu menjunam secara tiba-tiba manakala kebakaran merebak dengan cepat akibat tumpahan minyak daripada pesawat tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Jet tersebut ditempatkan di Stesen Udara Tentera Lau Oceana di sini yang merupakan pangkalan kepada 19 skuadron AS.

Bagaimanapun, punca kejadian masih disiasat. Berikut merupakan video yang sempat dirakam semasa kejadian berlaku.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.