close button

close button

Jari Budak Tersepit Pada Mesin Mainan (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak terpaksa berdepan dengan situasi getir apabila jari telunjuknya tersepit dalam mesin mainan di sebuah kedai runcit di Kedai Mulong, di sini semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa, Mohamad Asyraf Mohd Huzaimi, 3, dikatakan jarinya tersepit hampir setengah jam itu hanya mengalami cedera ringan di jari terbabit dan diselamatkan oleh anggota bomba yang tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Menurut bapa mangsa, Mohd Huzaimi Yahya, 32, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dia membawa ankanya ke kedai terbabit untuk mendapatkan barangan runcit.

“Saya turun bersama Asyraf dan dia menuding jari ke arah mesin mainan yang terdapat di kedai itu yang di dalamnya mempunyai hadiah yang perlu letakkan duit syiling untuk dapatkan hadiah,” katanya.

Menurut Huzaimi, dia memberikan 50 sen kepada anaknya itu sambil masuk ke dalam kedai mencari barangan keperluan.

“Semasa membayar di kaunter, saya terdengar anak menangis dengan kuat dan saya meluru ke arahnya, mendapati jari telunjuknya terlekat pada mesin. Saya berusaha mengeluarkan tangannya, namun tangisannya semakin kuat dan menyebabkan saya menelefon bomba kerana takut berlaku kecederaan yang lebih teruk terhadap jarinya,” katanya.

http://speakerpecah.blogspot.com

Difahamkan, Ketua operasi bomba Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Ahmad Radi Ibrahim, pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira jam 6.15 petang selepas mendapat panggilan kecemasan.

“Dalam masa 10 minit, kami berjaya lepaskan jari budak itu yang terlekat pada mesin itu dengan menggunakan alat pemecah khas,” katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.