close button

close button

iPad 3 Bakal Berada Di Pasaran Malaysia, 11 Negara Lain Mulai Esok

http://speakerpecah.blogspot.com


Syarikat Apple di Amerika Syarikat mengumumkan bahawa tablet iPad 3 akan mula dipasarkan di Korea Selatan serta 11 negara lain, termasuklah Malaysia.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Produk terbaru itu dilengkapi paparan Retina yang mengagumkan, selain cip A5X baru Apple dengan grafik quad-core serta kamera iSight berkuasa 5 megapiksel.

Ia juga mempunyai optik maju untuk merakam gambar dengan lebih hebat serta video HD 1080p (full HD).

Selainitu, iPad 3 juga dilengkapi dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam.

Untuk makluman, iPad bakal menemui peminatnya di Brunei, Croatia, Cyprus, Republik Dominica, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela mulai esok (20 April 2012).

Bagi pelanggan di Colombia, Estonia, India, Israel, Latvia, Lithuania, Montenegro, Afrika Selatan dan Thailand pula, mereka berpeluang membelinya mulai 27 April.

iPad model wi-fi dihasilkan dengan dua warna - hitam atau putih - dengan harga runcit AS$499 (RM 1,523) untuk model 16GB, AS$599 (RM1,828) untuk model 32GB dan AS$699 (RM2,133) untuk model 64GB. Untuk iPad yang dilengkapi kemudahan wi-fi dan 4G, harga runcit yang disarankan Apple ialah AS$629 (RM1,927) bagi model 16GB, AS$729 (RM2,235) untuk model 32GB dan AS$829 (RM2,542) untuk model 64GB model.



Sumber: myMetro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.