close button

close button

Hotel Legoland Pertama Di Asia Tenggara Akan Dibina Di Johor

http://speakerpecah.blogspot.com

Pengusaha tarikan pelancong global, Merlin Entertainments Groups (Merlin) dan LL Themed Hotel Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama di antara Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) dengan Iskandar Harta Holdings Sdn Bhd telah memeterai perjanjian pengurusan membangun dan membina Hotel Legoland yang pertama di Asia Tenggara dan keempat di dunia.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Syarikat itu berkata, Hotel Legoland itu akan dibangunkan di Nusajaya, Johor adalah cawangan keempat dan pertama di Asia.

"Kerja-kerja asas pembinaan bermula sebulan lalu. Hotel seumpama itu telah dibina di Billund (Denmark), Windsor (United Kingdom) manakala yang ketiga di California, Amerika Syarikat pada 2013," katanya.

Difahamkan, hotel tema seluas 1.2 hektar itu dijadualkan akan dibuka pada pertengahan 2014, terletak bersebelahan dengan taman tema Legoland Malaysia milik Merlin yang akan dibuka pada suku keempat tahun ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengarah Urusan Resorts and Hotels, Nadziruddin Basri berkata, DRH teruja dapat bekerjasama dengan Merlin dalam projek besar ini dan menawarkan pengalaman unik bersama Hotel Legoland.

“DRH berusaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelawat daripada dalam dan luar negara dengan mewujudkan tarikan baru dan inovatif sebagai tawaran pelancongan bersama aktiviti percutian," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, beliau turut berkongsi kegembiraan dengan DRH kerana lego adalah antara permainan paling popular di dunia dan mempunyai ramai peminat tersendiri di Asia.

"Pengumuman ini tepat pada waktunya, tambahan pula, Hotel Legoland adalah hotel pertama yang direka bentuk mengikut sudut pandangan mata kanak-kanak," katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.