close button

close button

Harimau Malaya Akan Diuji Hujung April Ini

http://speakerpecah.blogspot.com

Hujung bulan April ini skuad Harimau Malaya akan berhadapan tugas penting di mana skuad ini akan diuji oleh sebuah negara luar dalam satu perlawanan persahabatan sebagai persediaan awal mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi di Indonesia pada tahun 2010 yang lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal enggan menamakan negara berkenaan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengadakan dengan persatuan bola sepak negara tersebut.

"Perlawanan itu mungkin diadakan di sini namun saya tidak mahu dedahkan terlebih dahulu kerana FAM yang akan mengumumkannya selepas selesai rundingan," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, beliau akan menampilkan beberapa muka baru dalam skuad kebangsaan itu apabila menghadapi beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan atau luar.

"Mungkin beberapa pemain dari Sarawak, Kedah atau Kelantan ataupun Harimau Muda A. Saya hanya akan mengetahui keupayaan sebenar skuad kebangsaan kita sehinggalah saya benar-benar berpuashati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemain kita," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selain akan berhadapan dengan negara tersebut, skuad kebangsaan juga akan turun beraksi pada 8 Julai depan bagi menentang pasukan dari Singapura dalam satu perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura dan di Stadium Nasional Bukit Jalil pula pada 12 Julai.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.