close button

close button

Gangguan Bekalan Air Di KL, Hulu Selangor 8 Dan 9 Mei

http://speakerpecah.blogspot.com

Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada 8 dan 9 Mei ini berikutan kerja yang dijalankan pihak kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam satu kenyataan hari ini, Syabas berkata gangguan di sekitar Kuala Lumpur bermula 9 malam pada 8 Mei hingga 6 pagi keesokan harinya (9 Mei).

Kawasan terlibat ialah Taman U-Thant, Desa Pandan, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Taman Putra Sulaiman, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya, Pandan Cahaya, Jalan Ampang dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2, Jalan Tun Razak dari persimpangan Jalan Yap Kwan Seng hingga persimpangan Jalan Eaton.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Gangguan bekalan air di Hulu Selangor dari 8 malam pada 9 Mei hingga 5 pagi keesokan harinya (10 Mei) pula melibatkan Kampung Baru Ulu Yam Baru, Rumah Murah, Kampung Setia, Pekan Ulu Yam Baru, Kampung Hulu Kalong, Kampung Sungai Kamin, Kampung Sungai Chik, Kampung Pasir dan Kampung Gurney.

Turut terlibat ialah Taman Desa Kaloi, Taman Desa Kelisa, Kampung Pisang, Kampung Sri Liam, Kampung Padang, Taman Arowana, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Kampung Kalong Hilir, Kampung Kalong Tengah, Kampung Hulu Rening dan Kampung Sungai Tamu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Gangguan itu disebabkan kerja penggantian dua unit injap di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur serta henti tugas Loji Pembersihan Air Batang Kali untuk kerja pemasangan 'altitude valve' di Kolam Air Ulu Yam Baru.

Syabas menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.








Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.