close button

close button

Fasha Sandha Dan Jejai Nikah 27 April 2012

http://speakerpecah.blogspot.com

Akhirnya, teka-teki mengenai tarikh pernikahan pelakon popular Fasha Sandha kini terjawab di mana beliau akan melangsungkan hari pernikahannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 ini seperti mana yang tercatat pada kad undangan perkahwinan mereka yang tersebar di Internet.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara yang hanya membabitkan anggota keluarga serta kenalan rapat sahaja, namun lokasi sebenar dirahsiakan. Katanya:
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

“Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan.

“Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya.”

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Diharapkan pernikahan mereka berjalan dengan lancar.

1 komen:

  1. tertutup la plak... apasal nk tutup2... dh perkara baik watpe nk rahsia2 ekkk... eeerkkk... meluatttt siotttt....!!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.