close button

close button

FAM Tak Panik Dengan Ranking Terburuk Malaysia

http://speakerpecah.blogspot.com

Seperti mana yang kami laporkan tentang ranking bola sepak Malaysia baru-baru ini, nampaknya ia tidak memberi apa-apa impak bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila mereka langsung tidak panik dengan kedudukan terburuk itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebelum ini kami ada menyatakan bahawa ranking bola sepak Malaysia semakin merundum di tangga ke-156 berikutan kurangnya perlawanan persahabatan dari negara-negara luar. Sementara itu, ranking negara kini berada di belakang Bangladesh (152) dan Samoa (155), namun ia dianggap bukan pengukur prestasi sebenar skuad Harimau Malaya.

“Ranking Fifa adalah suatu perkara yang sangat teknikal dari segi perkiraan. Ia juga tidak ketara (kedudukan) berbanding pada 2007 dengan Malaysia ketika itu melebihi ranking 170. Namun kami sudah membuat perancangan untuk mengadakan perlawanan berstatus ‘A’.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Selain menentang Sri Lanka (hujung bulan ini), kami juga berusaha mendapatkan Iraq. Malah Filipina turut mahukan perlawanan timbal balik namun tarikh akhir masih belum diputuskan kerana kita meminta 1 Jun berbanding 8 Jun yang mereka mahukan sedangkan ketika itu skuad negara menentang Singapura,” kata Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad.

Pandangan yang sama turut dikongsikan pengurus skuad negara, Datuk Seri Subahan Kamal yang melihat ranking Fifa adalah satu mekanisme untuk membandingkan kekuatan negara tapi sebaliknya yang berlaku.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Sepanyol di nombor satu dunia, namun mereka tidak semestinya terbaik. Malah Indonesia, Thailand, Vietnam pernah tewas kepada Malaysia namun ranking mereka lebih tinggi berbanding kita.

“Walaupun ranking jatuh kami yakin mampu mempertahan Piala AFF. Bukan kita tidak mahu menentang pasukan hebat namun jadual liga kita padat dengan aksi menentang Sri Lanka juga kita tidak boleh menurunkan barisan terbaik,” katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.