close button

close button

FAM Potong 14 Mata Milik Kelantan

http://speakerpecah.blogspot.com

Belum pun reda isu Tan Sri Annuar Musa digantung dua tahun enam bulan gara-gara mengkritik skuad kebangsaan, FAM sekali lagi menimbulkan reaksi kurang senang terhadap peminat bola sepak tempatan selepas bertindak memotong sebanyak 14 mata diperoleh hasil empat kemenangan dan dua kali seri daripada skuad Piala Presiden, Kelantan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Hukuman keras yang dikenakan ke atas Kelantan itu diputuskan selepasFAM mendapati skuad The Red Warriors menurunkan pemain yang tidak sah sepanjang tujuh perlawanan diharungi dalam pertandingan berkenaan sebelum ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata, semua mata yang dipungut oleh skuad berkenaan akan ditarik balik dan akan 'dhadiahkan' kepada pihak lawan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Selepas diselidik, kami mendapati Kelantan menggunakan khidmat pemain tidak sah iaitu membabitkan penjaga gol mereka. Mengikut peraturan 55(2), hanya pemain pertandingan bawahan yang dibenarkan bermain di saingan lebih tinggi.

“Tapi seseorang pemain yang didaftarkan dalam kejohanan lebih tinggi tidak dibenarkan diturunkan pada kejohanan lebih rendah. Untuk itu, kami memutuskan Kelantan tewas dalam semua tujuh perlawanan dan pihak lawan memperoleh kemenangan dengan jaringan 3-0,” katanya.


*Buat perangai lagi!!!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.