close button

close button

Budak Rebah Dipatuk Ular Ketika Buat Persembahan

http://speakerpecah.blogspot.com

Seorang budak berusia sembilan tahun yang memiliki kemahiran bermain ular terpaksa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar (HPB) selepas dipatuk haiwan berbisa berkenaan ketika membuat persembahan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ke atas Mohd Amirul Azimi Yahya itu mengejutkan penonton yang menyaksikan pertunjukkan itu apabila melihat mangsa terus rebah dan mulutnya berbuih selepas dipatuk ular Punti atau Tiong.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketika itu, mangsa bersama bapanya, Yahaya Abdullah, 60, sedang membuat persembahan pertunjukkan dalam kemahiran bermain ular ketika majlis perasmian Program Fiesta Pelancongan peringkat Daerah Kerian sempena Tahun Melawat Perak 2012.

Ular berkenaan bagaimanapun mematuk bahagian pipi kanan mangsa hingga mengeluarkan darah sebelum mulutmangsa bebruih dan jatuh tertiarap.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut bapanya, kejadian itu pernah berlaku ke atas anaknya itu sebelum ini tetapi beliau tidak bimbang kerana yakin anaknya akan selamat.

"Saya ada cara untuk merawat jika berlaku kejadian seperti ini selain mendapat rawatan di hospital," katanya di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Yahya berkata, beliau yakin anaknya bersemangat semula untuk menunjukkan kepandaian bermain ular yang diwarisi daripadanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.