close button

close button

Bob Kuman Masih Hidup, Ucap 'Tahniah' Kepada Penyebar Fitnah (Video)



Pelakon dan pelawak terkenal, Husni Mohd Rawi atau Bob Kuman mengucapkan 'tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita yang kononnya dia sudah meninggal dunia semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya, pihak berkenaan telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih.

"Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya.

Bob Kuman, 40, berkata, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi saya yakin mereka yang ini sengaja menyebarkan berita palsu ini  untuk meraih simpati orang ramai dan berkemungkinan orang itu mungkin boleh kutip derma kilat jika berita saya meninggal tersebar,” katanya.

Difahamkan, berita fitnah itu disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari semalam.

Ekoran kejadin itu, Bob Kuman melahirkan rasa kesal dengan penyebaran berita itu dan berharap pihak-pihak terbabit agar menyemak sumber maklumat yang diterima sebelum disebarkan kepada umum.

Ketika ditanya mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kelantangannya bercakap mengenai beberapa isu sebelum ini, Bob Kuman berkata, dia bersedia untuk bersemuka dengan individu terbabit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya reda dengan apa yang terjadi hari ini dan sebagai artis saya sudah bersedia dengan masalah yang akan wujud seperti ini  dan  saya ada seorang isteri yang baik, dia nasihatkan macam mana sekalipun yang berlaku kena gembira, jadi saya masih tenang bila dianiaya begini,” katanya.

Sebelum ini kami ada melaporkan berita tentang Bob Kuman yang memerlukan bantuan orang ramai untuk menghulurkan sedikit sumbangan memandangkan duit di dalam akaun Maybank miliknya hanya tinggal RM36 sahaja dan tidak cukup untuk melunaskan tunggakkan bil hospital.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran dramaJangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.