close button

close button

Bayi Lelaki Mati Dipijak Bapa

http://speakerpecah.blogspot.com

IPOH - Seorang bayi lelaki baru berusia dua minggu mati dipercayai dipijak oleh bapanya sendiri yang naik berang selepas bergaduh dengan isteri dan iparnya, di rumahnya di Taman Bernam Jaya, berdekatan Tanjung Malim, kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian itu, suspek yang berusia 40-an dan bekerja dengan sebuah syarikat mengumpul barnag lusuh dikatakan bertengkar dengan isterinya berusia 30-an dan tindakannya itu ditegur adik iparnya.

“Teguran itu menyebabkan suspek bertambah berang hingga berlaku pergaduhan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Suspek yang tidak berpuas hati kemudian dikatakan mencapai parang lalu menyerang iparnya yang berusia 32 tahun.

“Selepas itu, suspek dikatakan memijak pula bayi lelakinya hingga menyebabkan bayi berkenaan mengalami kecederaan organ dalaman,” katanya.

Menurut sumber, bayi berkenaan kemudiannya dikerjakan ke Hospital Tanjung Malim (HTM) untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Salah seorang keluarga terdekat suspek kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Baru sebelum empat ahli keluarga itu turut ditahan polis untuk disoal siasat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek, kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki lain bagi membantu siasatan kerana memukul suspek ketika pergaduhan dalam keluarga berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com


Sumber: Berita Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.