close button

close button

Apex: Saya Bukan Artis Dan Tidak Mahu Jadi Artis

http://speakerpecah.blogspot.com


"Saya bukannya artis dan tidak mahu jadi artis, tetapi cukuplah sebagai seorang selebriti yang dikenali dalam bidang sukan sahaja," jelas penjaga gol kebangsaan, Apex.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Itulah kata-kata yang diluahkan oleh Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat ketika ditemu bual oleh sebuah akhbar online tempatan bahawa dia hanya memilih untuk menjadi seorang pemain bola dan tidak akan sesekali menerima tawaran berlakon dalam mana-mana produksi. Namun begitu, dia tidak akan menolak sekiranya dia ditawarkan untuk menjadi model. Katanya:

“Lagipun ia bukanlah satu bidang yang saya minati melainkan jika saya diminta menjadi model iklan dan terlibat dengan aktiviti peragaan yang mana kerjanya hanya mengambil masa yang tidak terlalu lama."
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sehubungan dengan itu, Apex turut akui bahawa dia risau yang dirinya akan menjadi mangsa gosip sekiranya dia menjejakkan kaki dalam industri hiburan. Dia juga tidak mahu disebabkan karya seni, perhatiannya terhadap bidang sukan pula akan berubah. Katanya:

“Saya tak mahu hal peribadi menjadi perhatian yang lebih berbanding kerjaya. Oleh itu biarlah fokus saya terhadap sukan sahaja."
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebelum ini Apex telah membuat kenyataan bahawa dia telah putus cinta dengan Dahlia Teck dan kini kembali solo. Katanya, selepas kisah cintanya itu tamat, dia mahu tumpukan sepenuh perhatian terhadap kariernya sebagai penjaga gol kebangsaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Diharapkan kenyataan Apex ini akan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dan pada usianya yang baru 23 tahun akan mematangkannya lagi untuk membuat sesuatu keputusan.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.