close button

close button

Annuar Musa: Jangan Percaya FAM Mahu Hukum Kelantan

http://speakerpecah.blogspot.com

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, yang digantung selama 2 tahun 6 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta semua pihak terutama sekali penyokong pasukan Kelantan agar tidak mempercayai khabar angin kononnya badan induk itu mahu memotong lima mata dan hukum lima perlawanan ke atas skuad The Red Warriors.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook beliau, Annuar berkata, khabar angin itu hanya akan memburukkan lagi keadaan dan berharap penyokong tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kita menentang penyalahgunaan peraturan dan semua bentuk ketidakadilan. Oleh itu, lakukan semua perkara dengan tertib dan istiqamah tetapi dalam keadaan berani dan tegas mengikut saluran dan peraturan yang betul,” katanya.

http://speakerpecah.blogspot.com
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pandangan Annuar itu menyusul dengan tulisan beberapa laman sosial heboh memperkatakan KAFA bakal dikenakan potongan lima mata daripada FAM ekoran dakwaan tindakan penyokongnnya membakar patung Setiausaha Agung  FAM, Datuk Azzuin Ahmad di Stadium Muhammad IV, semalam.

Selain itu, tulisan-tulisan itu juga mendakwa Kelantan juga akan berdepan tidak boleh beraksi di Kota Bharu selama lima perlawanan jika hukuman itu diputuskan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.