close button

close button

Amal Minum Air Suam, Makan Sayur Rahsia Usia 117 Tahun (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

JERTIH - Walaupun sudah berusia 117 tahun, ingatan seorang lelaki warga emas ini masih segar dan keinginan untuk bersama wanita tetap kuat, malah boleh mengatasi keupayaan sesetengah lelaki lain.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Itulah kelebihan yang dimiliki oleh Abdul Rahman Abu Bakar atau Pak Man dari Kampung Denger, dekat sini yang masih gagah dan sihat, malah mampu bertutur dengan baik berbeza dengan kebanyakkan rakannya apabila mencapai usia emas.

Lebih menarik lagi, lelaki ini pernah bernikah lapan isteri dengan isteri pertama dikahwininya ketika berusia 20 tahun, manakala isteri kelapan ketika berumur 80 tahun.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pak Man bijak berlaku adil dengan semua isteri yang pernah dikahwininya, apabila mampu mengawal kehidupan berkeluarga tanpa sebarang sengketa dengan pasangannya.

Difahamkan, Pak Man mengakui ada rahsia tersendiri untuk terus kekal sihat dan mempunyai isteri sehingga sekarang.

http://speakerpecah.blogspot.com
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Satu-satunya isteri yang masih bersamanya sekarang ialah Saadiah Hamat, 71, manakala yang lain sudah meninggal dunia.

“Isteri yang lain meninggal kerana sakit tua dan hasil perkahwinan saya dikurniakan lapan anak dan 25 cucu,” katanya.

Menurut Pak Man, sepanjang berumah tangga, hanya sekali dapat berkongsi hidup dengan tiga isteri serentak.

“Saya bersyukur dengan kesihatan dan rezeki kurniaan Allah dan gembira melihat anak berjaya dalam hidup,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, Pak Man mampu mengaji al-Quran, membaca akhbar serta buku tnapa menggunakan cermin mata dan penglihatan matanya masih baik dan jelas.

Menceritakan rahsia menjaga kesihatan, Abdul Rahman berkata, sejak kecil dia tidak suka makan makanan berlemak, sebaliknya gemar memakan sayur dan air suam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Walaupun pernah menghisap rokok, tetapi selepas usia 50 tahun, saya cuba berhenti merokok.

“Saya juga disahkan doktor tidak mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis seperti yang lazim dialami individu seusia lain,” katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.