close button

close button

Zarina Anjoulie Bakal Bernikah, Mahu Tamatkan Kontroversi Selepas Bergelar Isteri

http://speakerpecah.blogspot.com

Zarina Anjoulie Lavocah. Siapa yang tidak kenal dengan pelakon utama drama seram 'Anak Puntianak' ini yang selalu mencipta nama dengan gosip-gosip panas beliau. Sebelum ini beliau dipalitkan dengan kontroversi bersama Aliff Aziz, namun di Metro Ahad hari ini, Zarina mengakui bahawa dia bakal bernikah tidak lama lagi. Menurutnya, dia berharap selepas bergelar seorang isteri, dia tidak mahu lagi ada sebarang kontroversi melanda dirinya.
sil lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Zarina yang pernah bertunang sebelum ini mengakui yang dia putus tunang kerana ada pihak yang menghantar gambar terlampau miliknya kepada keluarga bekas tunang. Kata Zarina:

Saya sama sekali tidak mahu mendedahkan siapakah bakal suami kerana takut nanti apa yang berlaku kepada bekas tunang turut berlaku kepada bakal suami. Dulu saya silap, kerana mendedahkan tunang kepada umum. Niat saya baik dan tidak mahu hipokrit, tetap apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ada orang dengki menyebarkan pelbagai cerita. Bukan itu saja, sehinggakan ada yang sanggup menghantar gambar saya sebelum ini kepada keluarga bakal mentua sehingga menyebabkan hubungan dijalin terputus. Kali ini saya mahu lebih berhati-hati. Saya tidak mahu mendedahkan identiti bakal suami sehinggalah kami selamat bernikah.

http://speakerpecah.blogspot.com
sil lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, dia melihat perkahwinan sebagai langkah terbaik untuk menghilangkan sebarang kontroversi dengan lelaki-lelaki kerana akan bergelar seorang isteri:

Saya mahu cepat bernikah kerana itulah jalan terbaik. Tambahan pula saya harap dengan keputusan dibuat ini, saya tidak lagi dikaitkan de ngan kontroversi yang boleh mengaibkan. Kalau selepas bergelar isteri ada lagi orang nak cerita buruk mengenai saya terutama mengaitkan dengan mana-mana lelaki, saya tidak tahu hendak kata apa lagi.

http://speakerpecah.blogspot.com
sil lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apabila ditanya, adakah benar bakal suaminya sudah pun berkahwin, Zarina berkata:

Walaupun benar dia suami orang, sekurang-kurangnya kami membuat keputusan yang betul. Lebih baik saya menjadi isteri kedua, ketiga mahupun keempat, asalkan apa yang kami lakukan kelak halal di sisi agama. Berbanding orang bujang bercinta sakan sehingga melakukan perkara di luas batas, ia lebih besar dosanya. Pada saya, keputusan baik yang mahu diambil ini sepatutnya mendapat restu ramai dan didoakan yang baik-baik saja buat kami berdua.

Untuk makluman semua, bakal suami Zarina masih bujang. Difahamkan, majlis perkahwinannya nanti hanya dijemput kepada kaum keluarga dan rakat terdekat sahaja.
sil lawat http://speakerpecah.blogspot.com



Sumber: Beauriful Nara

1 komen:

Powered by Blogger.