close button

close button

Tiada Undang-Undang Benarkan Perkahwinan Sejenis


KUALA LUMPUR - Tiada peruntukan undang-undang atau mana-mana agama di Malaysia yang membenarkan hubungan dan perkahwinan sejenis atau seks bebas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam mengekang perlakuan sedemikian, katanya, beberapa perundangan digubal termasuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilaya-Wilayah Persekutuan) 1997 yang mengandungi peruntukan Seksyen 21 (Kesalahan pelacuran) dan Seksyen 22 (kesalahan muncikari 'ibu ayam' atau 'bapa ayam').

Seksyen 25 (kesalahan liwat), Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubungan sejenis sesama perempuan), Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan Seksyen 29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam) juga tedapat dalam akta berkenaan, katanya semasa menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mohd Nizar bertanya langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menangani masalah homoseksual dan lesbian dalam kalangan umat Islam di negara ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kerajaan dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa agama negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya didapati telah melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri," kata Mashitah.

Menurut Mashitah, kerajaan memandang serius penularan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat dan mengambil langkah berterusan menlalui dua pendekatan undang-undang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ini kerana gaya hidup LGBT mendedahkan mereka kepada masalah sosial seperti pelacuran, dadah, risiko HIV/AIDS, kecelaruan psikologi dan mental," katanya.

Menurutnya lagi, kementerian giat menyebarkan Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang jelas menentang LGBT.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kerajaan juga giat memberi penjelasan mengenai fatwa berkaitan LGBT termasuk melalui media, seminar dan forum serta menerbitkan risalah.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.