close button

close button

Terkejut Temui Putih Telur Berwarna Biru

http://speakerpecah.blogspot.com

KERTEH - Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terbantut selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya yang dipercayai telur tiruan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Yusof berkata, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur berkenaan bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga didapati berwarna agak pekat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.

“Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun. Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik,” katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Sejurus melihat keanehan pada dua biji telur itu, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur-telur yang lain.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, pada ruangan tengah kulit telur ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut, manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka.

“Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.

Bagaimanapun, ketua kelaurga bersama isteri serta anak-anak kemudiannya hanya memakan nasi berlaukkan kicap bagi mengalas perut kerana sudah hilang selera.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna.

"Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja,” katanya.





Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.