close button

close button

Terkejut Jumpa Ulat Dalam Mi Kari

http://speakerpecah.blogspot.com

IPOH - Seorang ahli perniagaan yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran kopitiam di bandar raya ini terkejut selepas menemui seekor ulat di dalam hidangan yang dipesannya, malam kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ziyad Solleh, 26,
mendakwa kejadian itu berlaku semasa beliau bersama rakan-rakan berkunjung ke restoran berkenaan kira-kira jam 7.30 malam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau mendakwa selepas hampir selesai menikmati juadah mi kari kering itu, dia terlihat seekor ulat sepanjang 2.5 sentimeter di dalam pinggan hidangannya.

“Selepas melihat ulat itu, tekak saya mula berasa loya dan hampir muntah kerana ia sangat menjijikkan,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Akibat tidak berpuas hati, Ziyad segera memanggil pengurus restoran untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Malangnya, hanya penyelia restoran sahaja yang muncul dan menyatakan pengurus mereka sudah pulang ke rumah. Penyelianya pula hanya memohon maaf di atas kecuaian tersebut dan tanpa melakukan apa-apa tindakan,” katanya yang kesal dengan perkhidmatan diberikan kakitangan restoran tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian tidak berpuas hati itu, beliau terus mendesak supaya pengurus restoran terbabit tampil untuk memberi penjelasan.

Akhirnya, pengurus restoran terbabit datang semula dan selepas berbincang, mereka tidak mengenakan sebarang caj ke atas makanan yang di pesan Ziyad dan rakan-rakannya.

“Bukan niat kami mahu mengaibkan mana-mana pihak, cuma berharap mereka dapat pengajaran dan ambil iktibar daripada insiden itu. Premis yang menjual makanan perlu mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan supaya kejadian seperti yang saya alami ini tidak berlaku lagi ,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Terdahulu, seorang penuntut sebuah kolej memfailkan saman terhadap dua syarikat yang berkaitan dengan sebuah restoran kopitiam terkemuka di Bandar Bukit Tinggi, Klang, selepas mereka mendakwa menemui sepasang kaki katak dalam hidangan yang dipesannya pada tahun 2010 lalu.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.