close button

close button

Spesis Pahlawan Serangga Ditemui Di Indonesia

http://speakerpecah.blogspot.com

MAKASSAR - Para saintis menemukan sejenis spesis serangga bersaiz 6.4 sentiemter (cm) dan memiliki rahang lebih panjang berbanding kaki di kepulauan Sulawesi, Indonesia.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Profesor kaji serangga dari Universiti California, Lynn Kimsey memberitahu, para saintis sendiri bingung bagaimana penyengat itu mampu berjalan dengan membawa rahang yang begitu besar berbanding kakinya.

Kimsey berkata, pahlawan penyengat yang ditemui di pergunungan Mekongga, tenggara Sulawesi, memiliki saiz dan tahap keganasan sama seperti penyengat-penyengat Komodo Dragon yang lain.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Serangga ini akan dinamakan sebagai Garuda yang melambangkan simbol kepada Indonesia dan pertama kali dijumpai. Saya tidak pernah melihat mana-mana spesis Dalara yang pelik. Malah, saintis pun tidak dapat menafsir keadaan sebenar biologi penyengat ini,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Kimsey, dia mengandaikan rahang pada serangga itu berfungsi sebagai perisau dan pembiakan. Bagi spesis lain, serangga jantan akan berada di pintu masuk sarang untuk menghalang parasit memusnahkan sarang mereka, sebelum mengawan bersama pasangan mereka.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.