close button

close button

Sinopsis & Movie Trailer Jangan Pandang-Pandang 2012 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

Jangan Pandang-Pandang merupakan sebuah filem terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ahmad Idham. Jangan Pandang-Pandang dibintangi oleh Zizan Razak, Sara Ali, Nas-t, Miera Liyana dan ramai lagi. Tayangan filem Jangan Pandang-Pandang bermula pada 29 Mac 2012. Seterusnya ada Sinopsis Filem Jangan Pandang-Pandang dan juga Movie Trailer Jangan Pandang-Pandang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
SINOPSIS:
Empat pelajar kolej iaitu Ajis (Zizan Razak), Ben (Nas-t), Yaya (Sara Ali) dan Diana (Anith Aqilah) ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan kelima, Marsha (Miera Liyana), seorang gadis gothik yang penuh misteri. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri yang dikenali sebagai Ang Bob (Azhar Sulaiman). Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Abang Bob tiba-tiba menghilangkan diri, manakala bot pula tiada minyak. Ketika mencari bantuan, mereka sesat di hutan dan tidak menemui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Akhirnya mereka terpaksa bermalam dan berdepan dengan pelbagai gangguan.

TRAILER JANGAN PANDANG-PANDANG 2012



Sumber: Ammboi

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.