close button

close button

Serbuk Logam Dalam Tin Susu Cair

http://speakerpecah.blogspot.com

CHANLUN - Seorang pemilik salun kecantikan di sini terkejut apabila mendapati susu cair dalam tin yang digunakan isterinya untuk membancuh air yang dibeli lebih sebulan lalu di sebuah pasar raya mengandungi tompokan hitam dipercayai serbuk logam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Goh Shau Chen, 30, berkata, selepas diperiksa dan diamati, dia menemui tompokan hitam berkenaan di bahagian dasar tin berkenaan selepas susu cair itu dituangkan ke dalam bekas yang lain.

Menurut Shau Chen, perkara itu hanya disedari mereka selepas isterinya,, Erni Farida, 27, terhidu bau sesuatu selepas meminum air yang dibancuh menggunakan susu berkenaan, Sabtu lalu.

Shau Chen berkata, dia kemudian membuka keseluruhan tin susu cair itu bagi melihat apa yang terdapat di dalam tin berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kami terkejut apabila mendapati ada tompokan ­hitam seakan-akan serbuk ­logam di bahagian bawah permukaan susu itu,” katanya ­ketika ditemui di rumah ­mereka di Pekan Changlun Dua di sini.

Katanya lagi, mereka juga cuba menghubungi talian khidmat pengguna syarikat pengeluar susu berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut, namun talian tidak dijawab.

“Kami kesal dengan apa yang berlaku dan seharusnya ia tidak terjadi memandangkan tarikh luput susu berkenaan juga masih berbaki hampir lima bulan lagi,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Shau Chen pada masa sama meminta pengguna lain supaya lebih berhati-hati dan perlu memastikan susu cair dalam tin seperti itu betul-betul selamat sebelum menggunakannya.

“Kita tahu banyak kedai minuman yang menggunakan susu cair dalam tin, jadi ­lebih baik peniaga memeriksa susu yang ingin digunakan ­sebelum menyediakan minuman kepada pelanggan ­mereka,” katanya.




Sumber: Sinar Harian

2 komen:

  1. jenama ape tu ? hehehe..

    ReplyDelete
  2. Kurang pasti apa brand nyee ...Sinar Harian tidak jelaskan.. so, Misteriii lar jwbnye ..hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.