close button

close button

Senarai 40 Individu Terkaya Di Malaysia 2012 Daripada Forbes


Nilai gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia pada tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 bilion (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya.
sila lawat http://speakerpcah.blogspot.com
Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya.
sila lawat http://speakerpcah.blogspot.com
Mengikut senarai majalah kewangan dan perniagaan Forbes, Robert Kuok masih mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersih AS$12.4 bilion (RM37 bilion) meskipun jumlah itu menurun  sedikit daripada AS$ 12.5 bilion (RM37.5 bilion) setahun sebelumnya.

Kuok, 88, yang mempunyai empayar perniagaan meliputi gula, sawit, perkapalan dan hartanah menguasai kedudukan teratas sejak 2006 ketika Forbes Asia memulakan senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya itu.

Bagi tempat kedua pula disandang oleh Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilau kekayaan bersihnya meningkat AS$400 juta (RM1.2 bilion) kepada AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion). Beliau kini sedang meluaskan portfolio perniagaan berkaitan tenaga di Malaysia, Asia Selatan dan Asia Barat dan satu urus niaga yang menjana sehingga  AS$2 bilion (RM6 bilion), manaka Maxis Communications yang dikuasai baru-bari ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G bersama syarikat pesaingnya, U Mobile.
sila lawat http://speakerpcah.blogspot.com
Di tempat ketiga dimiliki oleh Puan Sri Lee Kim Hua, iaitu isteri kepada pengasas kumpulan Genting, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong serta keluarga yang nilai kekayaan bersihnya susut 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion (RM19.5). Keluarga yang menjadi tulang belakang empayar Genting itu sedang menjadi bahan berita berikutan beberapa cubaan berprofil tingginya untuk mengembangkan operasi ke Amerika Syarikat (AS).
sila lawat http://speakerpcah.blogspot.com
Tan Sri Lee Chin Seng, individu yang membina IOI Group menjadi antara pengeluar sawit terbesar di dunia pula mengekalkan kedudukan di tempat keempat dengan nilai bersih AS$5.2 bilion (RM15.6 bilion) meningkat AS$200 juta (RM600 juta) daripada tahun lalu.

Seterusnya, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang berada di tempat ketujuh mengekalkan kedudukan sebagai orang Melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersihnya berjumlah AS$3.3 bilion (RM9.9 bilion).

Sementara itu, terdapat tiga pendatang baru membuat kemunculan sulung dalam senarai itu, dan yang paling menyerlah ialah Tan Sri Ninian Mogan Lourdenadin, seorang doktor bertauliah yang menjadi hartawan peruncitan yang menduduki tempat ke-22 dengan nilai kekayaan bersih AS$500 juta (RM1.5 bilion). Beliau adalah Ketua Eksekutif MBF Holdings dan mempunyai perniagaan dalam hartanah, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan perubatan di Fiji, Papua New Guinea, Australia dan termasuk Malaysia.

Seorang lagi pendatang baru ialah Gooi Seong Lim, merampas tempat ke-34 dengan kekayaan bersih AS$20 juta (RM660 juta). beliau menerajui Crescendo, sebuah syarikat pembinaan dan pemaju hartanah.
sila lawat http://speakerpcah.blogspot.com
Di tempat ke-37 pula disandang oleh Ng Joo Siang, seorang usahawan berusia 52 tahun yang mengambil alih perniagaan, Pacific Andes International Holdings daripada bapanya. Nilai kekayaan bersih yang diperolehi ialah AS$185 juta (RM555 juta).

Dua individu pula membuat kemunculan semula iaitu pengerusi Eksekutif Kurnia Asia Bhd, Tan Sri kua Sian Kooi dan Pengerusi Malayan united Industries Bhd, Tan Sri Dr Khoo Kay Peng.
Rakyat Malaysia terbaru yang memasuki kelompok individu dunia yang memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion pula ialah adik beradik Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian yang menguasai syarikat sawit dan kimia, Batu Kawan
sila lawat http://speakerpcah.blogspot.com
Secara keseluruhan daripada senarai berkenaan, seramai 21 orang jutawan Malaysia menyaksikan kekayaan mereka meningkat , 12 menyusut, manakala dua orang lagi tidak berubah. Tahun ini, nilai bersih minimum yang diperlukan untuk layak dalam senarai itu ialah AS$155 juta (RM465 juta), meningkat daripada AS$125 juta(RM375 juta) tahun lalu.




Sumber: Ammboi

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.