close button

close button

Rumah Nabil Dipecah Masuk

http://speakerpecah.blogspot.com

SEREMBAN - Kediaman pelawak dan pelakon terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil dipecah masuk perompak dalam satu kejadian di Kampung Masjid, Mambau, di sini, semalam (Rabu).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.55 pagi itu, perompak berkenaan bertindak memecah masuk rumah mereka melalui sebuah bilik daripada rumah itu yang didiami keluarga bapa saudaranya.

Menurut bapa saudara Nabil, Rahmat Abdul Latiff, 55, kejadian itu disedarinya sebaik pulang ke rumah sebaik sahaja menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah berhampiran.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya, setelah diperiksa, penjenayah berkenaan didapati berjaya melarikan komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000.

"Kejadian ini yang pertama berlaku di rumah ini dan saya baru sahaja menetap dua bulan di rumah ini selepas Nabil bersama ahli keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.