close button

close button

Restoran The Red Warriors Station Bakal Gulung Tikar

http://speakerpecah.blogspot.com

Dalam kemelut yang melanda industri bola sepak Kelantan, timbul pula isu terbaru membabitkan restoran yang menggunakan nama The Red Warriors Station gagal menjelaskan sewanya yang tertunggak sejak beberapa bulan lepas. Difahamkan, restoran ini gagal melunaskan bayaran saman sejak April 2011 lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut laporan akhbar Kosmo, Restoran The Red Warriors Station yang terletak di Aras Bawah, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di Jalan Bayam di sini dan menjadi kebanggaan penyokong bola sepak Kelantan kini berdepan dengan tindakan menutup operasi pada bila-bila masa. Ia berikutan kegagalan pengurusan restoran tersebut untuk membayar hutang sewa premis berjumlah RM72,000 dengan pihak KTC Convention & Apartment Sdn Bhd sejak April 2011 lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tempoh perjanjian di antara kedua-dua belah pihak akan berakhir hujung bulan ini. Restoran berkenaan dikatakan sudah beroperasi secara rasmi sejak Mei 2010. Kadar sewa premis restoran tersebut ialah RM5,000 sebulan. Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa berkata, pihaknya ketika ini giat menuntut hutang tersebut daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang telah memeterai perjanjian dengan KTC berhubung penyewaan lot perniagaan tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ditanya kenapa KTC mencari KAFA, adalah kerana perjanjian penyewaan lot tersebut adalah antara KTC dan KAFA sahaja. Sudah tentu KTC akan mencari KAFA, bukan pemilik sebenar restoran berkenaan. Beliau memaklumkan surat-surat yang diberikan unuk mendapat penjelasan mengenai status restoran tersebut tidak dibalas oleh KAFA sehingga ke hari ini.




Sumber: Ammboi

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.