close button

close button

Remaja Korea Selatan Bawah 18 Tahun Dilarang Tonton Konsert Lady Gaga


SEOUL - Rakyat Korea Selatan berusia di bawah 18 tahun di sini dilarang menonton konsert bintang pop Amerika Syarikat, Lady Gaga ekoran ia didapati tidak sesuai untuk peminat remaja, kata pihak penganjur, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lady Gaga, 26, bakal memulakan konsert jelajah ketiganya, The Born This Way Ball, pada 27 April depan di Stadium Olimpik, di sini.

Pada permulannya, penonton berusia 12 tahun ke atas dibenarkan menonton konsert penyanyi itu. Namun, menurut pihak penganjur, Hyundai Card, sebuah badan pengawasan negara itu, Lembaga Penarafan media Korea meningkatkan had umur penonton.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Syarikat kami akan menghormati keputusan lembaga pengawas ini dan mengembalikan wang pemegang tiket yang berusia 18 tahun ke bawah,” kata seorang pegawai Hyundai Card.

Konsert Lady Gaga di negara itu ditentang beberapa pertubuhan agama Korea Selatan kerana penyanyi yang popular dengan lagu Poker Face itu didakwa menyokong homoseksual selain gaya persembahannya yang dianggap lucah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Komuniti Kristian kami perlukan tindakan bersepadu bagi mengelakkan golongan muda daripada dijangkiti penyakit homoseksual dan pornografi (yang dibawa oleh Lady Gaga),” kata Persatuan Perhubungan Gereja Korea dalam satu kenyataan.

Penyanyi berkenaan dijangka akan mengadakan 110 konsert pada tahun ini ekoran kejayaan lagu popularnya, Born This Way.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selepas Korea Selatan, Lady Gaga akan membuat persembahan di Hong Kong, Jepun, Singapura, New Zealand dan Australia.



Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.