close button

close button

Remaja Kemboja Dirantai Pada Tiang Kerana Ponteng Sekolah

http;//speakerpecah.blogpot.com

BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja sanggup merantai seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang dikatakan pontenng sekolah untuk bermain permainan Internet.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Remaja berusia 13 tahun itu dirantai di bahagian leher pada tiang elektrik sekitar dua jam sebelum jirannya menghubungi pihak polis bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.

"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, mangsa turut dipukul oleh bapanya selain dirantai.

Bapa mangsa, Sok Thoesun, 40, yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri sebaik perbuatannya itu diketahui oleh pihak polis.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.

Menurut fakta, penggunaan Internet di Kemboja adalah yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduknya yang menggunakan kemudahan tersebut.




Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.