close button

close button

Pengasas Red Bull Meninggal Dunia Pada Usia 89 Tahun

http://speakerpecah.blogspot.com

BANGKOK - Bilionair Chaleo Yoovidhya yang merupakan pengasas bersama minuman tenaga, Red Bull meninggal dunia pada usia 89 tahun semalam, akibat sakit tuda, kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut majalah Forbes, Chaleo ialah lelaki kedua terkaya di Thailand dengan nilai aset yang dimiliki AS$5 bilion (RM15.2 bilion) pada tahun lalu.

Menurut fakta, beliau dilahirkan dalam keluarga miskin berketurunan China-Thai, keluarga Chaleo menyara kehidupan dengan menternak itik dan menjual buah-buahan di wilayah Phicit, utara Thailand.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau kemudian berpindah ke ibu kota Thailand untuk bekerja di kedai ubat saudara lelakinya sebelum menjadi seorang jurujual.

Chaleo seterusnya membina sebuah kilang farmaseutikalnya sendiri di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kilangnya, TC Pharmaceuticals menghasilkan minuman tonik dinamakan Krating Daeng yang mendapat sambutan hebat dalam kalangan pekerja kilang dan pemandu lori.

Populariti tonik tersebut kemudian dijadikan inspirasi oleh Chaleo untuk menghasilkan Red Bull.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada tahun 1984, beiau mengasaskan minuman Red Bull bersama pakar pemasaran Austria, Dietrich Mateschitz.

Mateschitz menyedari potensi minuman tonik tersebut semasa melawat rantau Asia.

Mereka mula menjual minuman Red Bull di Autria pada tahun 1987.

Rakan niaga itu masing-masing memiliki 49 peratus kepentingan dalam Red Bull manakala baki dua peratus saham lagi dipegang oleh anak lelai Chaleo, Chalerm.

Red Bull yang dihasilkan di kilang milik Chaleo kini dijual lebih 70 buah negara di seluruh dunia.

Difahamkan, bilionair itu berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan 11 orang anak, lima oleh isteri pertamanya dan enam hasil perkahwinan keduanya.

Selain perniagaan minuman tenaga, Red Bull turut memiliki dua pasukan bola sepak, Red Bull Salzburg di Austria dan New York Red Bulls di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, Red Bull juga merupakan pemilik pasukan Formula Satu (F1) dengan nama yang sama.

Keluarga Chaleo bersiap sedia untuk mengadakan upacara agama Buddha selama seminggu di sebuah tokong di sini ekorang kematian ketua keluarga tersebut.



Sumber : Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.