close button

close button

Pengantin Bersanding Bersama Penguin (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

PANTAI CHENANG - Tiga pasangan pengantin baru diraikan dengan meriah apabila terpilih untuk bersanding di Under Waterworld Langkawi (UWL).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Persandingan yang unik itu adalah bagi menghargai komitmen tiga kakitangan UWL sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Pengurus Besar UWL, Norlina Zubir, berkata, majlis sebegini secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pengunjung bagi melihat sendiri acara yang julung kali diadakan di situ.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Menariknya apabila dua daripada pasangan pengantin ini mencipta sejarah di Malaysia apabila mereka bersanding bersama penguin dan ini adalah satu yang unik untuk dikenang pada hari bersejarah mereka,” katanya.

Menurutnya, UWL dianugerahkan sijil pengiktirafan dari Malaysia Guinness World of Record bagi penganjuran majlis berkenaan.

“Majlis ini secara langsung memberi kesan besar kepada pelancong luar negara dan menunjukkan kepada mereka budaya masyarakat Malaysia yang unik. Ditambah pula pelbagai tarikan menarik di pulau ini sentiasa mendapat tempat dalam kalangan pelancong,” katanya.

Pada majlis tersebut, persandingan diadakan selama 15 minit, di mana pengantin, Mohd Fazeli dan Nurslmah bersanding bersama penguin Rockhopper manakala pasangan Mohd Shodri dan Nurul Naziemah bersanding bersama penguin Afrika.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketiga-tiga pasangan pengantin turut diarak melalui jalan Pantai Chenang bermula dari Laman Padi sehingga ke UWL dengan menaiki kereta kuda dan kereta klasik.

Majlis respsi persandingan dan menepung tawar dilakukan di perkarangan pintu masuk UWL yang turut dimeriahkan dengan kehadiran pelancong asing dan penduduk setempat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib dan Pengarah Hal Ehwal Korporat Eden Inc Berhad, Datuk Abdullah A Rasol.

Pasangan pengantin yang ditemui pada majlis itu, Mohd Nazir Che Ahmad, 25, berkata, ini adalah pengalaman menakjubkan bagi beliau dan isteri meraikan hari bersejarah bersama mereka.

“Terima kasih kepada UWL kerana memilih dan memberi hadiah istimewa untuk kami berdua. Kami akan kenang pengalaman ini hingga akhir hayat, semoga kami kekal bahagia hingga ke anak cucu,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mohd Fazeli Abd Rahman, 26, yang teruja diraikan dalam majlis persandingan unik itu berkata, ia di luar jangkaannya namun sangat gembira kerana menjadi antara pasangan yang diraikan bersama penguin.

http://speakerpecah.blogspot.com
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Hampir 3,000 pengunjung dan pelancong turut memeriahkan majlis persandingan pengantin yang turut diadakan kenduri rakyat bagi pengunjung yang datang.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.