close button

close button

Pemuda Obesiti Minta Bantuan Menerusi YouTube (2 Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

LIVERMORE -  Seorang pemuda obesiti, Robert Gibbs, menyentuh perasaan orang ramai apabila dia menitiskan air mata dalam satu rakaman video.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dia menitiskan air mata bagi meminta bantuan untuk menguruskan badannya. Rakaman video berdurasi tiga minit itu disiarkan di laman YouTube pada minggu lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pihak penerbit program bual bicara popular Amerika Syarikat (AS), Dr. Phil Show kemudian bersetuju melawat Gibbs dia kediamannya di sini selepas rakaman video tersebut disiarkan.

Gibbs, 23, pernah menyebut mengenai program buat bicara itu dalam rakaman video beliau yang telah ditonton lebih sejuta kali. Setakat ini, dia sudah mendapat lebih 48 maklum balas daripada penonton.

Sebahagian daripada penonton itu menawarkan pelbagai panduan diet selain memberikan galakan kepadanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam video YouTube yang dirakam sehari sebelum dia menyambut hari lahirnya pada Jumaat lalu, Gibbs tidak mendedahkan secara terperinci bentuk bantuan yang diperlukan.

Menurut Gibbs, dia berharap dapat menemui seorang yang berpengetahun luas tentang langkah-langkah untuk menurunkan berat badannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya membuat rakaman ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tidak peduli lagi tentang ejekan orang lain,” kata Gibbs dalam rakaman itu.

“Inilah peluang terakhir saya untuk menurunkan berat badan,” tambahnya.

Pemuda itu menganggarkan dia memiliki berat badan di antara 273 kilogram hingga 317 kilogram.





Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.